Skip to main content

Kemaskini: Dragon Quest Tact kini boleh dimuat turun melalui App Store untuk iOS dan Play Strore untuk Android. Bersempena dengannya, Square Enix juga telah berkongsi satu treler pelancaran.


Square Enix hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuk permainan mudah alih Dragon Quest Tact iaitu pada 27 Januari 2021 untuk iOS dan Android. Sebelum ini, ia telah pun tiba di Android secara beta tertutup.

Bagi anda yang berminat, pra-daftar untuk permainan tersebut juga kini disertakan melalui App Store dan juga Play Store, dan jika anda memuat turun permainan tersebut semasa hari pelancaran, anda akan mendapat King Slime buat sementara waktu.

Di dalam permainan ini, pertempuran memerlukan strategi di mana pemain boleh menggunakan pelbagai watak yang diperoleh di dalamnya. Ia adalah permainan percuma dan akan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Dragon Quest Tact sudah dikeluarkan di Jepun tahun lepas dan mempunyai lebih 10 juta pemain, ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply