Skip to main content

The Pokemon Company telah mengumumkan pelbagai perancangan bersempena dengan sambutan untuk ulang tahun ke-25 untuk Pokemon yang pertama kali tiba pada tahun 1996. Mereka juga telah berkongsi satu video untuknya.

Antara yang diumumkan adalah P25 Music di mana mereka akan bekerjasama dengan Universal Music Group untuk hadir dengan pelbagai lagu bersama dengan artis-artis terkenal termasuk juga Katy Perry. Acara ini akan berlangsung sepanjang tahun dan akan diumumkan secara lanjut dari semasa ke semasa.

Selain itu, mereka juga mengajak untuk pemain mengenang kembali pelbagai kawasan yang tiba di dalam siri Pokemon. Ia juga adalah acara sepanjang tahun dan akan bermula dengan benua Galar iaitu benua untuk permainan terbaru Pokemon Sword & Shield sehinggalah benua Kanto.

Maklumat lanjut mengenai sambutan ini anda boleh layari laman rasmi untuknya di pautan ini; https://25.Pokemon.com/.

Leave a Reply