Skip to main content

Bandai Namco telah berkongsi treler baharu untuk Little Nightmares II dan mereka juga mengumumkan demo untuk permainan tersebut kini boleh didapati di konsol iaitu PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Di PC ia juga telah ditawarkan melalui Steam dan GOG.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain itu, bagi pemain yang tidak pernah mencuba ataupun tidak pernah memiliki permainan pertama bagi siri ini, Bandai Namco juga menawarkan Little Nightmares secara percuma melalui kedai dalam talian eropah mereka ataupun melalui laman rasmi mereka. Kami tidak pasti jika dua tawaran tersebut adalah sama. Namun, kedua-duanya ditawarkan sehingga 17 Januari 2021.

Oleh kerana ia ditawarkan oleh Bandai Namco Eropah, anda memerlukan akaun mereka dan perlu memasukkan alamat untuk mendapatkannya dan pilihan Malaysia tidak disertakan. Semasa percubaan kami anda boleh memilih mana-mana negara tanpa masalah. Ia akan memberikan kod untuk Steam.

Little Nightmare merupakan permainan platformer tekaria yang mempunyai elemen seram. Permainan pertama sudah dikeluarkan sejak tahun 2017 dan Little Nightmares II akan dikeluarkan pada 11 Februari 2021.

Leave a Reply