Skip to main content

Selepas kembali menggunakan nama Lucasfilm Games, tampaknya mereka sudah mempunyai pelbagai projek untuk diumumkan. Semalam mereka bersama dengan Bethesda mengumumkan permainan berdasarkan Indiana Jones.

Kali ini, ia sesuatu yang mengejutkan iaitu Massive Entertainment iaitu pembangun untuk siri The Division dilaporkan sedang membangunkan permainan dunia terbuka berdasarkan Star Wars dengan kerjasama bersama dengan mereka.

Ia adalah satu perkara yang mengejutkan kerana pada tahun 2013, Disney dan EA telah menandatangani perjanjian sebagai pembangun eksklusif untuk IP Star Wars, walaupun tidak diumumkan akan tetapi EA mengatakan perjanjian tersebut adalah untuk 10 tahun, menjadikan ia akan tamat pada 2023, iaitu 2 tahun dari sekarang.

Melalui perjanjian tersebut, mereka telah hadir dengan pelbagai permainan Star Wars seperti siri Star Wars Battlefront dan juga Star Wars Jedi: Fallen Order. Dengan Lucasfilm Games bekerjasama pula dengan Ubisoft menandakan IP Star Wars tidak lagi hanya untuk EA.

Dengan perkembangan terbaru ini, perjanjian tersebut mungkin telah dibatalkan dengan lebih awal, ataupun Disney mempunyai pilihan untuk memberikan IP Star Wars kepada pembangun lain, selagi mana permainan tidak dikeluarkan sebelum perjanjian tamat.

Pada masa sama, Lucasfilm Games juga mengatakan yang EA akan terus membangunkan IP Star Wars, menandakan ia tidak lagi secara eksklusif.

Berdasarkan laporan oleh Wired, pembangunan permainan Star Wars oleh Massive Entertainment dan Ubisoft masih di peringkat awal dan akan mengambil lebih banyak masa sebelum pengumuman lanjut dilakukan.

Leave a Reply