Mobile Legends hari ini telah mengumumkan yang musim ke-7 untuk Mobile Legends Profesional League bagi Malaysia tidak lagi akan bersama dengan Singapura seperti mana musim-musim yang lepas. Dengan kata lain, ia akan dinamakan sebagai MPL MY berbanding MPL MY/SG sebelum ini.

Dengan perubahan ini, mereka berharap untuk memberi lebih banyak peluang kepada pasukan-pasukan dari Malaysia dan dapat memberi lebih fokus kepada kandungan tempatan.

Buat masa ini tidak disahkan lagi mengenai Singapura sama ada mereka akan menerima kejohanan kendiri ataupun menyertai negara lain, ada ura-ura mengatakan Singapura akan bersama dengan Vietnam.

Mereka juga mengumumkan yang pendaftaran untuk MPL-MY ini akan bermula pada 18 Januari 2021.

Sumber: Wtmtoday

Sohor Kini