Bagi anda yang menonton siri anime The Seven Deadly Sins di Netflix sebelum ini, boleh dikatakan ia sangat mengecewakan kerana mereka sekadar menyertakan 1 musim dan 1 filem sahaja. Minggu ini, Netflix telah menyertakan kesemua musim untuk siri tersebut, kecuali yang terbaru yang masih lagi tertunda.

Tiga musim yang disertakan adalah Signs of Holy War yang dikeluarkan pada tahun 2016 dan mempunyai 4 episod. Seterusnya adalah Revival of The Commandments yang merupakan siri susulan kepada Signs of Holy War, ia mempunyai 24 Episod dan dikeluarkan pada tahun 2018. Akhir sekali adalah Wrath of the Gods yang juga mempunyai 24 episod dan susulan kepada Revival of The Commandments, ia dikeluarkan pada tahun 2019.

Musim terkini bagi The Seven Deadly Sins adalah Dragon’s Judgement yang baru menerima episod pertama pada minggu ini selepas tertunda akibat pandemik Covid-19.

Sohor Kini