Williams Aubin ataupun Zayt iaitu pemain Fortnite untuk pasukan NRG mengumumkan yang beliau tidak lagi akan bermain secara kompetitif, akan tetapi beliau akan terus kekal dengan NRG sebagai jurulatih dan juga pencipta kandungan.
Beliau mengumumkan perkara tersebut di Twitch sebelum disahkan oleh NRG sendiri. Antara pencapaian terbaik oleh Zayt adalah menjadi juara untuk Fortnite Champion Series Chapter 2/Season 2.
Sebagai antara permainan utama di dalam kejohanan Fortnite, pengumuman beliau merupakan satu perkara mengejutkan untuk ramai pemain lain dan juga menjadi punca untuk kritikan terhadap Epic Games.
Epic Games telah menerima kritikan selepas mengurangkan hadiah terkumpul untuk kejohanan Fortnite bagi tahun 2021 dengan sangat mendadak. Perkara ini telah mengakibatkan kebanyakan organisasi sudah tidak berminat untuk membentuk pasukan bagi permainan Fortnite.
Juara Piala Dunia Fortnite 2019 iaitu Bugha telah berkongsi di Twitter yang jika Epic Games tidak melakukan sesuatu, lebih ramai pemain akan mengambil keputusan yang sama seperti Zayt.