Riot Games minggu ini mengumumkan yang Epsiode 2: Formation untuk Valorant akan tiba pada 14 Januari ini, ia antaranya akan menyertakan ejen baharu dan juga perubahan sistem ranked untuk pemain yang bermain secara kompetitif.
Ejen baharu yang disertakan adalah Yoru iaitu ejen di bawah kelas Duelist. Berikut adalah kebolehan untuk Yoru;
- C: Fakeout – Menembak gema yang akan bunyi seperti tapak kaki untuk mengelirukan lawan. Ia juga boleh ditempatkan di sesuatu tempat tanpa mengaktifkannya dan guna kemudian untuk menggerakkannya ke depan.
- E: Gatecrash – Menembak retakan ataupun meletakkan di sesuatu tempat, aktifkan untuk telepor ke lokasi retakan tersebut.
- Q: Blindside – Menembak retakan yang akan mengaktifkan kilat apabila terlanggar dengan sebarang permukaan.
- X: Dimension Drift – Memakai topeng yang membolehkan Yoru melihat dua dimensi. Tembak untuk memasuki dimensi Yoru yang tidak akan memberi kesan ataupun dilihat oleh pemain lawan.
Bagi sistem Ranked pula, Riot Games mengatakan yang mereka cuba untuk menjadikan ia lebih mudah difahami dan tidak akan mengelirukan terutama untuk membandingkan dengan pemain-pemain lain.
Berikut adalah perubahan yang disertakan
- Ranked untuk regional akan memperlihatkan stack rank untuk pemain Immortal dan Radiant
- Cap akan ditukar kepada solo/duo untuk pemain Immortal dan Radiant
- Perubahan kepada ganjaran peringkat dan juga pada pengakhiran Episode.
- Tahap tidak lagi diperlihatkan menggunakan anak panah tetapi akan dinyatakan dengan jelas iaitu bar kemajuan dan juga nombor.
Seperti biasa ia juga akan menyertakan Battlepass baharu untuk Act 1 yang memberi peluang untuk pemain mendapatkan sehingga 12 hiasan untuk senjata dan juga 1000 VP. Battlepass ini bermula pada 12 Januari 2021 sehingga 1 Mac 2021.
Valorant sudah dikeluarkan untuk PC secara percuma.