GSC Menawarkan Tshirt Rasmi Untuk Demon Slayer Mugen Train

Tayangan awal untuk Demon Slayer: Mugen Train sudah berlangsung pada 9 dan 10 Januari lepas, dengan perkembangan terbaru mengenai PKP, kita mungkin tidak akan mendapat tayangan umum dalam masa terdekat ini. Namun, bagi peminat, GSC ada menawarkan T-Shirt rasmi bagi filem tersebut yang anda boleh beli melalui kedai dalam talian mereka.

Mereka menawarkan 4 rekaan berbeza berdasarkan 4 watak iaitu Kyojuro Rengoku, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibira dan Enmu. Setiap satu rekaan dijual dengan harga RM90 dan mempunyai pilihan saiz daripada S sehingga XXL.

Filem Demon Slayer: Mugen Train walaupun dikeluarkan semasa pandemik Covid-19 tetapi ia masih lagi menerima sambutan yang sangat baik sehingga menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Jepun.

Sohor Kini