Erica Kini Dilancarkan Untuk iOS – Percuma Untuk Dicuba

Flavourworks telah melancarkan permainan mereka iaitu Erica untuk iOS melalui App Store dan anda boleh mencubanya secara percuma tetapi perlu membayar untuk permainan penuh dengan harga RM12.90.

Ia adalah permainan aksi-nyata interaktif yang memfokuskan genre ngeri, dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada tahun 2019. Permainan ini memfokuskan pemain untuk bermain sebagai Erica di mana pemain diberi pilihan dengan pelbagai cabang naratif berbeza untuk menyelesaikan misteri kematian ayah beliau.

Jika anda berminat, anda boleh memuat turunnya bermula sekarang. Ia menyokong iPhone dan juga iPad. Ia juga menyokong family sharing, dengan satu pembelian anda boleh kongsi dengan keluarga anda.

Sohor Kini