Twitter telah berkongsi data mengenai ciapan yang berkait dengan permainan video di platform sosial mereka. Antara yang diumumkan adalah, permainan video adalah topik keenam paling popular di Twitter, dengan terdapat 2 bilion ciapan sepanjang tahun 2020. Ia adalah peningkatan sebanyak 75% berbanding tahun 2019.

Topik berkait paling diikuti ramai adalah ‘Gaming’, ‘Gaming News’, ‘Esports’, ‘Gaming Influencers’ dan ‘ PlayStation’. Negara yang paling banyak mengeluarkan ciapan mengenai permainan video adalah Jepun, Amerika Syarikat, Korea, Brazil dan Thailand.

Judul permainan video yang paling banyak menerima ciapan adalah Animal Crossing, Fate/Grand Order, Disney: Twisted-Wonderland, Final Fantasy dan Fortnite. Manakala acara permainan video paling popular adalah The Game Awards 2020, The Future of Gaming (PS5), Tokyo Game Show 2020, Niconico Net Chokaigi 2020 dan Xbox Games Showcase.

Terdapat pelbagai lagi data yang di kongsi oleh Twitter, antaranya adalah acara esukan paling popular dan juga personaliti permainan video paling popular. Anda boleh membaca senarai penuh di pautan ini.

Sohor Kini