Motion Twin dan Evil Empire mengumumkan yang DLC mereka Fatal Falls akan dikeluarkan pada 26 Januari untuk konsol dan juga PC. Ia boleh didapati dengan harga $4.99 ataupun melalui berkas Dead Cells: The Fatal Seed Bundle dengan harga $19.99 yang menyertakan permainan asal bersama dengan dua DLC termasuk Fatal Falls.

Seperti diumumkan sebelum ini, DLC Fatal Falls akan menyertakan dua lokasi baharu dan satu ketua musuh baharu. Pada masa yang sama, DLC tersebut juga akan menyertakan pelbagai musuh dan senjata yang pemain boleh gunakan.

Dead Cells telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan juga di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Versi permua juga dilancarkan sebelum ini di iOS dan Android.

Sohor Kini