Respawn Entertainment dan EA hari ini telah melancarkan kemaskini untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order, dan kemaskini ini memfokuskan kepada peningkatan prestasi untuk permainan tersebut di konsol generasi baharu.

Setiap konsol iaitu PlayStation 5, Xbox Series X dan Xbox Series S masing-masing tampaknya menerima penambah-baikkan yang berbeza. Perubahan yang disertakan mengikut konsol adalah seperti berikut;

PlayStation 5

  • Kadar kelancaran dipertingkatkan kepada 60fps berbanding 45fps
  • Postprocessing dipertingkatkan kepada 1440p
  • Resolusi dipertingkatkan kepada 1200p berbanding resolusi dinamik 810-1080p

Xbox Series S

  • Kadar kelancaran dipertingkatkan kepada 60fps berbanding 45fps

Xbox Series X

  • Mod Performance
    • Kadar kelancaran dipertingkatkan kepada 60fps berbanding 45fps
    • Resolusi Dinamik 1080p sehingga 1440p
  • Mod Biasa
    • Postprocessing dipertingkatkan kepada 4K
    • Resolusi Dinamik 1512p sehingga 2160p

Star Wars Jedi: Fallen Order sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, ia boleh dimainkan secara keserasian belakang di PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Sohor Kini