Skip to main content

Bethesda melalui ciapan di akaun Twitter rasmi mereka telah berkongsi satu video dan juga mengumumkan secara rasmi permainan berdasarkan Indiana Jones sedang dibangunkan oleh Machine Games bersama dengan Lucasfilm Games, iaitu nama baharu untuk LucasArts.

Machine Games sebelum ini terlibat dengan pembangunan untuk siri permainan Wolfenstein. Indiana Jones merupakan siri filem yang mengikut watak Dr. Henry Walton “Indiana” Jones, Jr yang dilakonkan oleh Harrison Ford dan dicipta oleh George Lucas.

Mereka mengatakan yang akan memerlukan lebih banyak masa sebelum maklumat lanjut dikongsikan, tetapi telah diumumkan yang akan menyertakan penceritaan baharu dan Todd Howard akan menjadi penerbit eksekutif.

Leave a Reply