Skip to main content

Nintendo hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Super Mario 3D World + Bowser’s Fury yang sudah-pun diumumkan pada tahun lepas. Video tersebut memfokuskan kepada pelbagai peringkat yang akan dilalui oleh Mario dan juga mengenai Bowser sendiri.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan pilihan warna baharu untuk konsol Switch iaitu edisi Mario Red & Blue, ia menyertakan konsol, dermaga serta Joy-con berwarna merah. Aksesori tambahan seperti pemegang joy-con berwarna biru. Selain itu, ia juga akan hadir bersama dengan beg untuk menyimpan Switch.

Konsol edisi ini akan dikeluarkan bersama dengan permainan Super Mario 3D World + Bowser’s Fury iaitu pada 12 Februari 2021 dengan harga $299.99, seperti biasa ia tidak akan hadir bersama dengan permainan sebaliknya perlu dibeli secara berasingan yang berharga $59.99.

Leave a Reply