Lanjutan daripada pasukan Loops Esports hilang kelayakan mereka ketika PUBG Mobile Global Championship (PMGC), PUBG Mobile mengumumkan tiga pemain mereka iaitu Federal, Gxlden, dan Caiowski telah diharamkan daripada terlibat dengan kejohanan PUBG Mobile sehingga 10 Julai 2021.

Federal, Gxlden, dan Caiowski ketika PMGC telah sengaja membuatkan pasukan mereka kalah sebagai bantahan kepada pihak pengurusan Loops Esports terutama yang mengakibatkan bekas pemain Dadin meninggalkan pasukan.

Oleh kerana itu, mereka telah didapati bersalah kerana di dalam peraturan kejohanan PUBG Mobile ataupun mana-mana kejohanan lain, kesemua pasukan mesti bermain dengan sebaik mungkin di setiap perlawanan.

Federal dan Caiowski selepas meninggalkan Loop Esports telah menyertai pasukan Influence Rage bersama dengan Dadin, serta Becker yang juga bekas pemain Loops Esports. Gxlden buat masa ini masih bersama dengan Loops Esports.

Sohor Kini