Skip to main content

Otterbox merupakan antara pengeluar kerangka untuk telefon pintar terkenal, dan kini mereka tampaknya telah memperluaskan tawaran mereka untuk permainan video pula, di mana mereka akan hadir dengan pelbagai kerangka dan juga peralatan untuk pemain.

Berdasarkan laman Ottebox Mobile Gaming, mereka tampaknya memfokuskan kerjasama bersama dengan Xbox iaitu untuk alat kawalan dan juga perkhidmatan xCloud. Antara barangan yang ditawarkan adalah kerangka untuk alat kawalan Xbox, gaming clip untuk menyangkutkan telefon pintar ke alat kawalan Xbox dan juga beg galas untuk membawa alat kawalan dan juga gaming clip.

Selain itu, untuk telefon pintar mereka juga menawarkan kerangka yang memudahkan untuk memegang telefon semasa bermain dan juga pelindung skrin yang mempunyai ciri anti-privacy.

Buat masa ini harga masih tidak diumumkan akan tetapi mungkin akan dinyatakan apabila sesi pra-tempah di Amerika Syarikat dibuka pada 25 Januari ini.

Leave a Reply