Riot Games dan Bungie telah memfailkan saman terhadap Cameron Santos yang mengeluarkan aplikasi penipuan seperti GatorCheats. Saman tersebut memfokuskan kepada permainan mereka iaitu Valorant untuk Riot Games dan Destiny 2 untuk Bungie.
Berdasarkan saman tersebut, Cameron Santos dikatakan menyediakan aplikasi penipuan tersebut dengan caj dari $90 sebulan sehingga $500 untuk seumur hidup, dan mereka telah menjana puluhan atau ratusan ribu melalui aplikasi tersebut.
Mereka meminta mahkamah untuk mengeluarkan arahan yang kesemua operasi oleh Cameron Santos dihentikan dan membayar pampasan terhadap kerugian yang dihadapi oleh mereka kerana masalah penipuan tersebut.
Pada tahun lepas, Bungie telah berjaya untuk menghentikan penjualan aplikasi penipuan oleh PerfectAim.