LucasArt Kini Dikenali Sebagai Lucasfilm Games

Laman rasmi Star Wars telah mengumumkan yang LucasArt iaitu organisasi yang bertanggungjawab untuk mengurus permainan video berdasarkan IP oleh Lucasfilm kini dinamakan semula kepada Lucasfilm Games, dan anda boleh tonton sizzle untuknya di bawah.

Ini tidak bermakna yang mereka akan membangunkan sendiri permainan video, sebaliknya mereka akan bekerjasama dengan pembangun pihak ketiga, contohnya bersama dengan EA untuk permainan-permainan Star Wars.

George Lucas iaitu pengasas untuk Lucasfilm dan juga pencipta Star Wars, telah menubuhkan Lucasfilm Games pada tahun 1983, sebelum ditukar kepada LucasArts dan kini tampaknya ia kembali kepada nama asal.

Sohor Kini