IO Interactive Kongsi Kesemua Lokasi Untuk Hitman 3

IO Interactive sebelum ini telah memperlihatkan lokasi yang akan menjadi tempat untuk pemain merancang pembunuhan di dalam Hitman 3, antaranya adalah Dubai. Hari ini, mereka telah berkongsi kesemua 6 lokasi yang akan disertakan, ia adalah seperti berikut;

  • Dubai, UAE
  • Dartmoor, UK
  • Berlin, Jerman
  • Chongqing, China
  • Mendoza, Argentina
  • Carpathian Mountain, Romania

Boleh dikatakan daripada 6 lokasi tersebut, ia menyertakan pelbagai kawasan dengan rekaan yang berbeza. Dubai, Berlin dan Chongqing tampaknya di kawasan bandar. Manakala Dartmoor serta Mendoza di kawasan luar bandar dan memfokuskan satu rumah agam. Carpathian Mountain pula adalah kawasan hutan.

Seperti diumumkan sebelum ini, selain menyertakan kandungan baharu, Hitman 3 juga akan membawa kesemua kandungan daripada Hitman 1 dan Hitman 2 dan akan mendapat kelebihan kualiti grafik yang terbaru.

Hitman 3 akan dikeluarkan pada 20 Januari 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia menyertakan naik taraf percuma untuk versi konsol dan boleh di pra-tempah bermula sekarang.

Sohor Kini