Kerajaan Poland melalui Agensi Hak Pengguna telah mengeluarkan kenyataan yang mereka sedang memerhatikan perkembangan terbaru mengenai CD Projekt dan permainan mereka iaitu Cyberpunk 2077 yang telah menerima pelbagai kritikan kerana ia tidak dapat dimainkan dengan baik terutama di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Menurut jurucakap agensi tersebut, Małgorzata Cieloch, mereka telah menghubungi CD Projekt untuk menerangkan masalah yang sedang berlaku serta tindakan yang diambil oleh mereka. Agensi Hak Pengguna akan terus memerhati untuk memastikan yang permainan tersebut boleh dimainkan dengan baik di konsol dan juga menyelesaikan kritikan oleh pengguna.

Jika kerajaan Poland tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh CD Projekt, mereka mungkin akan didenda sehingga 10% daripada pendapatan syarikat tersebut untuk tahun lepas.

Sohor Kini