Genshin Impact bakal menerima kemaskini esok yang di-antaranya akan membawa watak 5 bintang baharu iaitu Ganyu. Pemain yang sudah menghabiskan penceritaan mesti pernah berjumpa dengan Ganyu yang ada terlibat dan berjumpa dengan Traveler.

Sebelum beliau tiba secara rasmi, Mihoyo telah berkongsi satu video yang memperlihatkan bentuk pertempuran untuknya.

Ganyu merupakan watak yang menggunakan panah dan mempunyai elemen/vision Ais (Cryo). Bagi serangan biasa, beliau akan melakukan combo 6 serangan panah. Seperti pengguna panah lain, terdapat juga Charge Shot dan beliau hadir dengan dua tahap;

  • Tahap 1 – Memanah anak panah yang melakukan cyro damage
  • Tahap 2 – Memanah anak panah Frostflake yang melakukan cyro damage dan juga letupan untuk AoE Cyro Damage.

Bagi kuasa pula, beliau mempunyai Trail of the Qilin yang akan meninggalkan “Ice Lotus” sebelum bergerak ke belakang. Jika di kawasan air, ia akan membekukan kawasan tersebut termasuk juga penjahat. Ia juga akan menarik penjahat, dan meletup untuk melakukan pembekuan dan juga AoE Cyro Damage.

Bagi kuasa Ultimate iaitu Celestial Shower, Ganyu akan menghasilkan Sacred Cyro Pearl yang selagi ia aktif akan menurunkan serpihan ais di satu kawasan yang akan melakukan AoE Cyro Damage.

Seperti watak-watak lima bintang baharu sebelum ini, Ganyu hanya diperoleh melalui banner baharu yang akan bermula esok, ia juga adalah watak waktu terhad.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini