Kemaskini: Sehari selepas ditawarkan, aplikasi GBA Emu telah dibuang daripada App Store, dan aplikasi juga tidak lagi boleh digunakan seperti sebelum ini.


Apple mempunyai polisi yang ketat mengenai aplikasi yang boleh disertakan di App Store, antara aplikasi yang tidak dibenarkan adalah pelagak. Namun, GBA Emu iaitu pelagak untuk Game Boy Advance dan Game Boy Color boleh dimuat turun melalui App Store melalui pautan ini.

Berdasarkan perkongsian di Reddit, aplikasi ini dapat memainkan permainan Game Boy Advance jika ROM untuknya disimpan ke dalam telefon anda. Anda boleh memindahkan ROM untuk permainan yang anda beli sebelum ini menggunakan aplikasi Files di Mac ataupun PC, ia juga boleh dimuat turun melalui fungsi yang disertakan di aplikasi tersebut.

Buat masa ini tidak disahkan jika ia akan terus kekal di App Store ataupun akan dibuang selepas ini. Jika anda berjaya memuat turunnya sekarang, walaupun ia dibuang kelak aplikasi ini masih lagi boleh digunakan tetapi tidak akan dapat menerima sebarang kemaskini.

Sohor Kini