Storms iaitu syarikat penerbitan permainan mudah alih dari Singapura telah mengumumkan “Storm the World 2021” iaitu kejohanan pembangunan permainan video yang dikhususkan untuk pembangun indie.

Melalui kejohanan ini, pembangun akan berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul sebanyak SG$360 ribu (~RM1 juta) dan juga perjanjian penerbitan dengan mereka. Jika berminat, anda boleh menghantar permainan anda melalui pautan ini, tetapi mesti mengikut syarat-syarat tersebut;

  • Permainan tersebut sudah boleh didapati di App Store dan/atau Play Store
  • Menggunakan perkhidmatan Adjust
  • Menggunakan Facebook for Developer dengan akses diberikan kepada Storms
  • Mempunyai 4 Video untuk pengiklanan

Bagi mencari pemenang, mereka akan menilai kos untuk setiap pemasangan dan juga kadar pengekalan pemain untuk hari pertama. Berikut adalah pecahan hadiah;

  • Tempat ertama: SG$ 160,000
  • Tempat Kedua: SG$ 120,000
  • Tempat Ketiga: SG$ 80,000

Permainan-permainan yang bukan tiga terbaik juga berpeluang untuk mendapat hadiah bonus SG$ 30,000 Tarikh akhir untuk menghantar permainan adalah sehingga 28 Februari dan pemenang akan diumumkan pada bulan Mac.

Storms sebelum ini pernah menerbitkan permainan mudah alih Umbra: Amulet of Light dan Zombeast:Survival Zombie Shooter.

Sohor Kini