Wizards of the Coast telah mengumumkan yang permainan Magic: The Gathering Arena iaitu versi digital untuk permainan kad Magic: The Gathering akan dikeluarkan untuk Android secara akses awal pada 28 Januari ini.
Pada tarikh tersebut, pemain yang mempunyai peranti yang melepasi spesifikasi yang dicadangkan boleh memuat turun permainan tersebut melalui Play Store. Berikut adalah spesifikasi yang dicadangkan;
Versi mudah alih ini akan menyokong fungsi rentas-platform, dan kesemua kad serta mod daripada versi PC. Jika anda mempunyai akaun di PC, ia juga boleh menggunakan akaun yang sama.