Pawel Selinger iaitu penulis untuk Dyling Light 2 mengumumkan yang beliau tidak lagi bersama dengan Techland selepas 22 tahun bersama dengan syarikat tersebut. Sebelum menjadi penulis untuk Dying Light 2, beliau merupakan pengarah seni untuk Techland sejak tahun 2007.

Di dalam penulisan di laman LinkedIn, beliau berterima kasih kepada Techland kerana peluang yang diberikan selama ini dan mengharapkan yang pembangun terus berkembang serta projek seterusnya seperti Dying Light 2 dan projek-projek lain akan menjadi “world hits”.

Dying Light 2 sepatutnya dikeluarkan pada tahun lepas, akan tetapi pada Januari 2020, permainan tersebut telah tertunda dan tiada tarikh pelancaran baharu diumumkan.

Sohor Kini