13 Sentinels: Aegis Rim Telah Terjual 300 Ribu Unit

Atlus melalui kad ucapan tahun baharu mengumumkan yang permainan 13 Sentinels: Aegis Rim telah terjual sebanyak 300 ribu unit sejak dilancarkan pada akhir tahun 2019.

13 Sentinels: Aegis Rim dibangunkan oleh Vanillaware merupakan permainan pengembaraan yang menggabungkan konsep permainan novel visual bersama dengan aksi serta pertempuran yang memerlukan strategi. Ketika The Game Awards 2020, ia telah tercalon untuk anugerah Naratif Permainan Terbaik.

Buat masa ini, 13 Sentinels: Aegis Rim dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Sohor Kini