Riot Games telah berkongsi perancangan mereka untuk permainan MOBA League of Legends. Di mana antara yang diumumkan adalah permainan tersebut akan menerima 4 wira baharu sepanjang tahun ini. Wira pertama yang akan tiba dalam masa terdekat adalah Viego.

Viego akan disertakan dengan kebolehan seperti “Sovereign’s Domination yang akan mengawal wira lawan yang dibunuh olehnya, membolehkan beliau mengakses barangan dan juga kebolehan. Ia juga mempunyai Black Mist yang boleh menjadi pelindung atau juga memberi kesan kepada lawan.

Riot Game melalui Riot Forge sebelum ini telah mengumumkan permainan RPG berdasarkan League of Legends iaitu Ruined King: A League Of Legends Story, ia akan memfokuskan kepada watak Viego.

Sohor Kini