Bandai Namco minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan SD Gundam G Generation Genesis di konsol Switch dan juga SD Gundam G Generation Cross Rays Platinum Edition untuk konsol PlayStation 4 dan Switch secara digital dan fizikal buat pasaran Malaysia.

Menurut Bandai Namco, kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan pada 25 Mac 2021 ini dan ia akan menyokong sari kata bahasa Inggeris.

SD Gundam G Generation Cross Rays sebelum ini telah dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC, di mana melalui edisi Platinum ini, Bandai namco akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum termasuklah penambahan pas musim sebelum ini.

Manakala SD Gundam G Generation Genesis pula sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PlayStation Vita, namun kini ia akhir akan tiba di konsol Switch secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan menjelang Mac ini.

Sohor Kini