Selepas sahaja sehari penundaan pengumuman video acah rasmi untuk The King Of Fighters XV, hari ini SNK akhirnya mempertontonkan video acah permainan tersebut secara rasmi di mana ia akan dilancarkan tahun ini.
Buat masa ini, platform pelancaran masih belum diumumkan, namun kami percaya ia akan dilancarkan di konsol generasi terkini termasuklah di PC melalui Steam seperti permainan The King Of Fighters XIV sebelum ini.
Pada masa yang sama, SNK juga berkongsi satu video khas yang mana berkongsi beberapa mesej untuk peminat termasuklah beberapa perubahan yang akan mereka bawa untuk permainan ini termasuklah peningkatan visual permainan.
Anda boleh menonton video mesej tersebut di bawah yang mana juga mereka mengumumkan watak DLC musim ketiga untuk permainan Samurai Shodown.
Di dalam video yang sama, SNK juga mengumumkan The King Of Fighters 2002 Unlimited Match turut akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 kelak.

Menurut SNK, versi ini akan menyertakan sokongan Netcode Rollback yang mana pemain boleh bermain secara atas-talian. Menariknya, versi PC juga akan menerima kemaskini tersebut.