Skip to main content

Mediatonic dan Devolver Digital hari ini telah berkongsi lanjut mengenai kostum Doom yang akan tiba untuk Fall Guys seperti yang mereka acah pada awal bulan lepas.

Menariknya, mereka bukan sahaja akan menyertakan kostum Doom Slayer, tetapi juga watak demon iaitu Cacodemon dan Tyrant.

https://www.youtube.com/watch?v=aXWj_apjeHE

Kostum-kostum ini akan mula ditawarkan pada 12 Januari buat masa terhad, seperti biasa ia memerlukan penukaran Crowns, namun tidak dinyatakan tetapi berkemungkinan memerlukan 10 crowns untuk setiap set penuh.

Fall Guys sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Leave a Reply