Demo Untuk Monster Hunter Rise Kini Boleh Dimuat Turun

Capcom melalui penstriman langsung semalam telah berkongsi lanjut mengenai permainan Monster Hunter Rise. Penstriman lebih kurang 30 minit tersebut telah berkongsi pelbagai raksasa dan juga mod yang akan disertakan di dalam permainan ini.

Antara raksasa yang diperlihatkan adalah Goss Harag, Barioth, Great Baggi, Tigrex dan Magnamalo. Selain raksasa, mereka juga mempekenalkan watak-watak NPC yang akan membantu pemain antaranya adalah Fugen iaitu ketua kampung, Hojo ketua kepada Guild dan Rondine yang akan menjual pelbagai barangan.

Jika anda ingin mencuba sendiri, demo untuknya juga kini hadir di eShop di mana ia boleh dimuat turun sehingga 1 Februari. Melalui demo ini, pemain boleh mencuba Beginner Quest, Intermediate Quest, Basic Training Quest, dan juga Wyvern Riding Trailer Quest.

Monster Hunter Rise akan dilancarkan pada 26 Mac 2021 ini untuk Switch dan pra-tempah kini bermula di mana pemain boleh dapatkan edisi Deluxe khas yang menyertakan beberapa kostum tambahan dan juga edisi Collector’s.

Sohor Kini