Crying Suns Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store minggu ini kembali menawarkan satu permainan percuma setiap minggu dan bagi minggu ini mereka telah menawarkan Crying Suns sebagai permainan percuma sehingga 15 Januari 2021.

Crying Suns merupakan permainan strategi rogue-lite yang memerlukan anda menjadi ketua kepada sejumlah kapal angkasa untuk mengembara satu peradaban yang sudah musnah. Ia dibangunkan oleh Alt Shift dan diterbitkan oleh Humble.

Selepas penawaran ini berakhir, Epic Games Store akan mengantikan dengan satu permainan juga iaitu Star Wars Battlefront II: Celebration Edition.

Sohor Kini