Seperti yang diumumkan sebelum ini, XOX Bhd dan Macpie Bhd akhirnya mengumumkan secara lanjut mengenai kejohanan PUBG Mobile Unity League, di mana ia akan menawarkan hadiah terkumpul sehingga RM140 ribu.
Pendaftaran untuknya sudah dibuka melalui pautan ini dan pertandingan pertama akan berlangsung pada 16 Januari 2021 yang melibatkan negeri-negeri di utara iaitu Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah. Ia akan diikuti dengan negeri-negeri di selatan iaitu Johor, Melaka dan Negri Sembilan pada 23 Januari.
Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula pada 30 Januari dan berakhir dengan negeri0negeri Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan pada 7 Februari 2021. Kejohanan akhir yang akan melibatkan pasukan-pasukan terbaik dijangka berlangsung pada 28 Mac 2021.

Selain PUBG Mobile, mereka juga mengumumkan kejohanan permainan-permainan lain akan turut dianjurkan sepanjang tahun 2021 ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka; www.facebook.com/xoxunityleague.