Seorang dataminer terkenal iaitu SciresM telah melaporkan yang kemaskini perisian terbaru untuk Switch ada merujuk kepada satu konsol baharu yang dinamakan sebagai ‘Aula’, ia dikatakan adalah nama kod untuk Switch Pro.

Melaluinya perkongsian tersebut, Switch Pro dikatakan akan menggunakan cip yang sama dengan Switch terkini tetapi dengan kelajuan SOC yang lebih tinggi untuk menyokong resolusi 4K.

Namun, Switch Pro dikatakan tidak akan menyertakan skrin resolusi 4K sebaliknya mungkin mempunyai resolusi seperti sekarang tetapi dengan panel yang lebih baik iaitu OLED. Oleh itu, sokongan resolusi 4K adalah khusus apabila Switch digunakan bersama dengan dermaga sahaja.

Maklumat terbaru ini boleh dikatakan mengesahkan laporan oleh Bloomberg pada tahun lepas di mana Switch Pro akan dilancarkan pada tahun ini dan menyokong resolusi 4K.

Sohor Kini