PGL iaitu penganjur untuk Dota Pro Circuit di Asia Tenggara untuk tahun ini telah mengumumkan yang kemenangan VisDota di pusingan kelayakan terbuka telah dibatalkan kerana salah seorang daripada pemain mereka adalah Deska iaitu bekas pemain untuk pasukan Avengerls yang telah diharamkan oleh Valve.

Deska bersama dengan 4 lagi pemain Avengerls iaitu Exx, xyp9x, YIM dan AKT telah diharamkan oleh Valve pada 1 Januari lepas kerana tuduhan pengaturan perlawanan.

Visdota yang merupakan pasukan Dota 2 dari Malaysia sebelum ini telah mengalahkan Calamity King di pusingan separuh akhir untuk menjadi salah satu pasukan yang melayakkan diri ke pusingan kelayakan tertutup bersama dengan pasukan Void yang mengalahkan The Prime di peringkat yang sama.

Dengan perkembangan terbaru ini, pasukan Calimity King dan The Prime akan bertemu untuk merebut tempat kelayakan bagi menggantikan VisDota.

Sohor Kini