Skip to main content

Garena hari ini telah berkongsi lanjut mengenai acara kolaborasi untuk permainan battle royale mereka iaitu Free Fire dengan siri anime serta manga popular One Punch Man sepertimana yang telah diacahkan sebelum ini.

Acara “The Hero Trial” ini akan berlangsung bermula pada 10 Januari dan pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum dan juga rekaan antarammuka baharu bertemakan siri One Punch Man termasuk juga payung terjun dan kapal terbang.

Antara kostum yang disertakan bersama dengan acara ini adalah Saitama dan juga Genos, dan pemain yang log masuk pada 23 Januari akan mendapat Saitama Loot Box secara percuma.

Bermula pada 15 Januari, pemain juga boleh melakukan mod sementara waktu iaitu Saitama’s Training untuk mendapatkan pelbaga ganjaran. Pemain perlu menumpaskan pelbagai penjahat untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Namun, untuk menyertai mod ini, pemain perlu mendapatkan tiket One-Punch Man yang boleh didapati semasa bermain ataupun dengan menyelesaikan cabaran harian.

Ia juga akan menyertakan acara web The Path of Hero yang akan berlansung pada 16 sehingga 27 Januari yang akan turut menawarkan ganjaran untuk pemain.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply