SNK hari ini melancarkan permainan The King Of Fighters XIV Ultimate Edition yang mana ia menyertakan kesemua kandungan penambahan permainna tersebut berdasarkan permainan asal yang dilancarkan pada 2016 lepas.
Menurut SNK, versi permainan ini dilancarkan khas di konsol PlayStation 4 yang mana ia menyertakan 8 watak DLC, 10 kostum tambahan dan 10 tema khas untuk konsol PlayStation 4. Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh dibeli di PlayStation Store dengan harga RM129 sahaja. Meskipun begitu, bagi pemain di PC, anda masih boleh dapatkan pek Ultimate yang dijual secara berasingan untuk versi PC permainan tersebut di Steam.
Dari segi pengumuman permainan The King Of Fighters XV yang diumumkan sebelum ini, SNK menyatakan yang mana mereka akan menundakan pengumuman tersebut dan akan berkongsi informasi lanjut kelak.