Kemaskini: Toei Animation mengumumkan yang mana filem tersebut merupakan filem animasi (Anime) baharu. Anda juga boleh melayari laman rasmi filem tersebut di sini.

Artikel Asal: Inoue Takehiko iaitu pelukis manga yang terkenal dengan siri sukan bola keranjang, Slam Dunk lebih dari 20 tahun lepas hari ini mengumumkan yang mana filem Slam Dunk akan dihasilkan.

Menurut kenyataan beliau di Twitter, filem berdasarkan siri Slam Dunk akan dihasilkan namun beliau tidak berkongsi sama ada filem tersebut adalah filem aksi nyata ataupun filem animasi. Beliau juga berkongsi tagar rasmi iaitu #Slamdunkmovie yang anda boleh ikuti di laman sosial Twitter.

Kami akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak secara rasmi.

Sohor Kini