Netflix Tidak Lagi Menyokong Konsol Wii U dan 3DS

Nintendo telah mengumumkan yang pengguna tidak lagi dapat untuk memuat turun aplikasi Netflix di konsol Wii U dan juga 3DS mereka.

Namun, bagi pengguna yang sudah memasangnya, ia masih lagi boleh digunakan dan pengguna yang pernah memasangnya sebelum ini juga boleh memuat-turunnya lagi.

Sokongan untuk pengguna sedia ada ini adalah sehingga 30 Jun 2021 sahaja, selepas tarikh tersebut aplikasi Netflix di dua konsol tersebut akan sepenuhnya tidak boleh digunakan lagi.

Dengan kebanyakan pemilik Wii U serta 3DS sudah beralih ke konsol Switch, tidak mengejutkan yang Netflix tidak lagi ingin menyokong dua konsol tersebut. Sama ada Switch akan menerima aplikasi Netflix, buat masa ini ia tidak disahkan lagi.

Sohor Kini