Square Enix dan People Can Fly telah mengumumkan yang mereka mengambil keputusan untuk menunda pelancaran permainan Outriders ke 1 April 2020, berbanding 2 Februari seperti yang diumumkan sebelum ini. Ini merupakan kali kedua ia tertunda.
Namun, sebagai pengganti, mereka akan menyediakan demo percuma untuk permainan tersebut yang akan tiba pada 25 Februari. Ia akan membolehkan pemain untuk mencuba beberapa jam permainan tersebut secara solo ataupun koperasi.
Ia merupakan permainan penembak RPG yang bertempatkan di dalam dunia sains fiksyen. Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain secara solo ataupun multi-pemain dengan bertembung dengan pelbagai jenis musuh dan juga mencari pelbagai jenis kelengkapan menarik.
Outriders akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.