Team Griffin boleh dikatakan sebagai salah satu pasukan League of Legends dari Korea Selatan yang sentiasa mempunyai peluang untuk menjadi antara pasukan yang kuat, tetapi sering gagal di peringkat-peringkat yang penting.
Pencapaian terbaik untuk mereka sudah semestinya adalah peringkat suku akhir di kejohanan Worlds pada tahun 2019 tetapi tewas kepada Invictus Gaming. Selepas itu, keadaan menjadi makin tidak menentu selepas mereka berpisah dengan jurulatih Kim “cvMax” Dae-ho.
Selepas itu, pelbagai tuduhan berlaku termasuk juga masalah pengurusan, yang menyebabkan pihak pengurusan Team Griffin membenarkan untuk kesemua pemain membatalkan kontrak mereka. Tiga pemain iaitu Jeong “Chovy” Ji-hoon, Son “Lehends” Si-woo, dan Choi “Doran” Hyeon-joon kesemua memilih untuk meninggalkan pasukan tersebut.
Choi “Sword” Sung-won, Lee “Tarzan” Seung-yong dan ADC Park “Viper” Do-hyeon terus kekal dengan pasukan tersebut dan membentuk pasukan baharu, namun pencapaian mereka tidak memberangsangkan dan makin jelas yang mereka tidak dapat mencabar pasukan-pasukan lain.
Pihak pengurusan Team Griffin sekali lagi membenarkan kesemua pemain untuk meninggalkan pasukan tersebut dan ia akhirnya membawa kepada pengumuman terbaru ini.
Sumber: Hotspawn