Skip to main content

Tencent telah mengumumkan yang PUBG Mobile Club Open akan kembali lagi untuk tahun ini, dan ia adalah kejohanan semi-pro yang terbesar dianjurkan oleh mereka. Ia akan menyertakan 27 ‘benua’ termasuk juga Malaysia/Singapura. Bagi hadiah terkumpul pula, mereka menawarkan $1.6 juta (~RM6.41 juta).

Jika anda berminat untuk menyertai kejohanan ini, pendaftaran kini dibuka sehingga 24 Januari dan anda boleh lakukannya melalui pautan ini. Setiap pasukan yang berjaya untuk mendaftar akan melalui beberapa pusingan kelayakan iaitu pusingan kelayakan pertama akan berlangsung pada 1 hingga 7 Februari.

Pasukan terbaik daripada pusingan tersebut akan melalui pula pusingan kelayakan Regional yang akan berlangsung pada 16 hingga 21 Februari. Pasukan terbaik daripada pusingan tersebut pula akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk PMCO benua Malaysia/Singapura yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Februari.

Seperti biasa, pasukan terbaik daripada peringkat akhir akan layak terus ke kejohanan PUBG MOBILE Pro League Musim Ke-3 (PMPL).

Leave a Reply