Respawan Entertainment telah mengumumkan acara masa terhad pertama untuk Apex Legends bagi tahun 2021 adalah Fight Night Collection yang akan bermula pada 7 Januari 2021 sehingga 20 Januari 2021, di mana mereka akan menyertakan pelbagai mod dan juga 24 barangan kosmetik baharu.

Mod masa terhad baharu yang disertakan adalah Airdrop Escalation Takeover di mana sesi permainan yang menyertakan lebih banyak drop yang memberikan pelbagai jenis senjata, satu lagi mod adalah The Pathfinder Town Takeover yang akan memberi sesi perlawanan yang berlainan iaitu tidak akan menggunakan senjata sebaliknya menggunakan tangan sahaja.

Pemain akan berpeluang untuk mendapatkan 24 barangan kosmestik rekaan khas bagi acara ini dengan pembelian terus menggunakan Apex Coins ataupun Crafting Metals. Ia juga disertakan sebagai sebahagian Event Apex Packs. Pemain yang mengumpul kesemua 24 barangan tersebut akan diberikan Gibraltar heirloom.

Apex Legends merupakan permainan penembak pertempuran royale oleh Electronic Arts (EA) dan Respawn Entertainment di mana ia telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Origin dan Steam.

Sohor Kini