Blooper Team telah berkongsi video bentuk permainan selama 14 minit untuk permainan seterusnya oleh mereka iaitu The Medium. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Seperti yang dikongsi sebelum ini, The Medium mempunyai keunikan di mana anda boleh bermain di dua dunia secara serentak, ataupun digelar sebagai dwi-realiti. Di dalam video ini, diperlihatkan watak utama Marianne menyiasat satu hotel yang terbiar.

Marianne dapat melihat persekitaran di dunia nyata dan juga dunia ghaib, termasuk juga hantu yang berada di dunia ghaib. Beliau juga boleh melakukan “Out of Body Experience” untuk mengembara secara penuh di dunia ghaib.

The Medium akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan PC pada 28 Januari 2021, ia juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Sohor Kini