Niantic iaitu pembangun untuk Pokemon GO telah mengumumkan yang mereka mengambilalih Mayhem iaitu platform komuniti yang khusus untuk pemain permainan video. Mereka tidak mengumumkan kos untuk pemgambilalihan tersebut.
Mayhem ditubuhkan pada tahun 2017, dan platform mereka dilancarkan secara rasmi pada tahun 2019. Melaluinya, pemain boleh menghasilkan komuniti tersendiri termasuk juga leaderboard jika pemain ingin menghasilkan pertandingan.
Dengan perkembangan terbaru ini, Mayhem tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan mereka secara kendiri sebaliknya akan diintegrasi dengan Niantic secara terus.