Sensor Tower telah mengeluarkan anggaran pendapatan untuk aplikasi dan juga permainan mudah alih di App Store dan juga Play Store. Secara amnya, ia memperlihatkan peningkatan yang sangat memberangsangkan bagi tahun ini berbanding pada tahun lepas.

Bagi jumlah pendapatan, sepanjang tahun 2020, permainan mudah alih telah menjana pendapatan sebanyak $79.5 bilion (~RM320 bilion) sepanjang tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 26% berbanding tahun lepas. Bagi pecahan mengikut platform pula, App Store mendahului dengan $47.6 Bilion berbanding Play Store sebanyak $31.9 Bilion.

Berikut adalah permainan-permainan yang menjana pendapatan tertinggi secara keseluruhan dan juga mengikut platform.

Bagi jumlah muat turun pula, terdapat 56.2 bilion pemasangan permainan buat pertama kali, di mana Play Store tertinggi dengan 46.1 bilion pemasangan berbanding 10.1 bilion untuk App Store. Ini tidak mengejutkan kerana jumlah peranti Android yang menggunakan Play Store adalah jauh lebih tinggi berbanding peranti iOS.

Seperti yang dijangkakan juga, Among Us adalah permainan mudah alih yang mendapat pemasangan tertinggi bagi tahun ini secara keseluruhan dan juga di App Store. Manakala di Play Store ia sekadar di tempat keempat, dan Garena Freefire tertinggi.

Perkembangan pesat permainan mudah alih pada tahun ini adalah satu perkara yang sudah dijangkakan terutama dengan keadaan pandemik Covid-19. Menurut Sensor Tower ia akan membantu perkembangan untuknya buat satu jangka masa yang lama.

Sohor Kini