Skip to main content

Nintendo hari ini telah mengumumkan yang mereka mengambil alih secara penuh studio Next Level Games iaitu pembangun untuk Luigi’s Mansion 3. Kos pengambil-alihan ini tidak diumumkan dan dijangka akan selesai pada bulan Mac tahun ini.

Next Level Games telah ditubuhkan sejak tahun 2002 di mana mereka telah membangunkan permainan untuk pelbagai penerbit, pertama kali mereka membangunkan permainan Nintendo adalah pada tahun 2005 untuk Super Mario Strikers.

Selepas membangunkan Luigi’s Mansion: Dark Moon pada tahun 2013 mereka mengumumkan yang akan hanya bekerja secara eksklusif dengan Nintendo di mana mereka membangunkan dua lagi permainan untuk mereka iaitu Metroid Prime: Federation Force dan Luigi’s Mansion 3.

Dengan perkembangan terbaru ini, projek seterusnya oleh mereka sudah semestinya adalah permainan Nintendo juga, ramai yang menjangkakan ia adalah permainan baharu untuk Super Mario Strikers.

Leave a Reply