Justice League adalah filem yang mengumpulkan adiwira-adiwira filem-filem DC seakan filem Avengers. Idea yang Zack sampaikan sepatutnya akan menarik perhatian orang ramai, tetapi disebabkan ada isu keluarga ketika penggambaran – Joss Whedon mengambil -alih. Secara tidak langsung, filem yang dikatakan sepatutnya hebat menerima kritikan yang teruk.
Akhirnya, selepas bertahun diminta oleh peminat di seluruh dunia – Zack Snyder kembali dengan filem Justice League olahan beliau. Filem ini disunting semula, ditambah adegan baru dan akan disampaikan sebagaimana yang Zack impikan. Dalam temubual antara pihak Comicbook dan Zack dalam sesi Comicbook Debate – Zack nyatakan yang tiada perancangan untuk filem kedua Justice League. Ini kerana arah yang Warner Bros. inginkan tidak akan dapat mencapai sehebat MCU.
Dalam temubual ini, Zack turut nyatakan beliau sendiri tidak sangka dapat kembali terlibat dengan filem Justice League ini. Tetapi ini hanya ingin sampaikan apa yang tertangguh sebelum ini. Untuk hadir dengan filem lain, seperti lima filem Justice Leagu yang dirancang agak sukar jika Warner Bros. memilih untuk fokus filem individu. Jika kaitan dan keseinambungan antara dunia, watak, rentas-filem ini ingin diteruskan – Zack katakan mungkin ia akan disampaikan dalam novel atau komik.