Riot Games telah melancarkan kemaskini pertama bagi tahun ini untuk League of Legends: Wildrift yang antaranya menyertakan 5 wira baharu untuk digunakan oleh pemain. Ia juga adalah kemaskini persediaan untuk musim pertama bagi permainan tersebut.

Lima wira baharu yang disertakan adalah seperti berikut;

  • Corki
  • Kennen
  • Tristana
  • Lulu
  • Teemo

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan pelbagai fungsi baharu antaranya adalah Party Finder untuk memudahkan anda mencari pemain untuk bermain bersama, Kadar Kependaman dan fungsi untuk memudahkan anda berkongsi sesi permainan di laman sosial.

Bagi sistem di dalam permainan pula, mereka menyertakan fungsi seperti membalas Ping, maklumat mengenai lawan di Scoreboard hanya boleh dilihat apabila pemain menjumpai pemain tersebut, dan mesej sistem juga tidak lagi mengganggu pemain semasa sesi perlawanan.

Mereka juga menyertakan kostum baharu, seperti berikut;

  • Sad Robot Amumu
  • Urfrider Corki
  • Arcade Corki
  • Star Guardian Janna
  • Star Guardian Jinx
  • Arctic Ops Kennen
  • Star Guardian Lulu
  • Dragon Trainer Lulu
  • Star Guardian Lux
  • Cottontail Teemo
  • Guerilla Tristana
  • Arclight Varus
  • Little Devil Teemo
  • Little Demon Tristana
  • Wicked Lulu
  • Super Kennen
  • Star Guardian Ezreal

League of Legends: Wildrift sudah dilancarkan untuk iOS dan Android melalui sesi beta terbuka.

Sohor Kini